Monday 3 March 2014

Amanah

Bismillah.Alhamdulillah.
Amanah. tanggungjawab paling ringan tapi juga paling susah dilaksanakan. sebentar tadi, terlihat seorang sahabat menanyakan sahabat di ruangan penerbangan burung biru "ada sesiapa boleh tukar BB1M kepada cash ?" saya lantas terfikir hal perihal para ahli politik yang dikecam dek kurang amanahnya menjaga harta rakyat. terdetik di hati saya, apakah beza mereka dgn para pelajar yang diberi bantuan tetapi tidak menggunakan kemudahan itu mengikut apa yang ditetapkan. bukankah itu juga melanggar amanah? jawapannya. tidak ada beza. sedihnya. kerana saya juga pada suatu masa dulu bertimbal balik antara menukar baucar buku dengan wang ringgit atau membeli buku untuk kegunaan sem hadapan (kerana baucar diberikan agak lambat untuk penggal semasa dan buku telah dibeli). mujur pengimbas cetak (printer) saya telah rosak,lalu baucar digunakan untuk membeli printer kerana memiliki printer di universiti boleh dikatakan lebih kepada keperluan berbanding kemahuan. memang,saya berterima kasih kepada saudara yang menanyakan soalan ini kerana membuat saya berfikir. nyata, amanah tidak semudah mengira 1,2 dan 3. perlu lebih kefahaman. bukan niat saya nak condemn saudara, tapi lebih kepada mengingatkan diri sendiri.  ��

No comments:

Post a Comment