Sunday 23 March 2014

Wednesday 12 March 2014

antara kebijaksanaan menilai situasi dan kegagalan menangani perasaan

Assalamualaikum w.b.t,
alhamdulillah.

haaaaa. ini adalah satu tajuk yang saya rasa paling kerap dibualkan oleh saya dan rakan-rakan.
kenapa tajuk ini dipilih? *kening-kening*

hari ni taknak guna bahasa ingeeris atau bahasa baku. nak guna bahasa santai je. biar sambil baca sambil berangin, dek santainya membaca post  ni kononnya ala-ala baca di tepi pantai gitu. haaaa okay hambar saya tahu.tah macam mana tah nak jadi cool macam angel pakai gucci tu.tsk tsk. sebelum saya mula,saya nak minta maaf kalau guna bahasa rojak,takde niat nak main-mainkan bahasa kebangsaan negara terchenta!saya sedang cuba memantapkan penggunaan bahasa inggeris di samping memantapkan bahasa malaysia. haaaaaa.harapnya clear la okay. dan suka saya ingatkan segala yang ada di dalam blog ini adalah PENDAPAT PERIBADI SAYA SEMATA-MATA, dan untuk informasi berkaitan fakta-fakta atau statistik mahupun tafsir ayat Al-Quran dan hadith, saya akan sertakan link  untuk semua rujuk. inshaALLAH. semoga ALLAH permudahkan urusan semua. 

"China hantar 10 satelit untuk cari MH370,
Malaysia hantar raja bomoh"

secara jujurnya, sejurus selepas saya membaca ayat yang diwarnakan dengan warna merah ini, terus saya tersenyum malu. malu. teramat malu. sehinggakan mahu saja saya lari masuk bawah katil menyorok walaupun saya sedang keseorangan pada waktu itu. memang terdetik di hati saya  "Ya ALLAH, apa malaysia ni. kelakar tahu kelakar?takde cara lain ke? dahla guna bomoh pulak tu *troll face*" sungguh saya tak tipu memang itu yang terdetik but then again. i re-think about it. dengan situasi sekarang, bila rakyat sendiri memperlekehkan negara sendiri, apa pula negara luar akan fikir?memang saya bantah 100% masuk campur raja bomoh tu!orang berkenaan pun satu dok layankan jugak bomoh tu sape suruh? cuba haih kalau wartawan takdak dok layan bomoh tu,mesti dia pun fed up.ni tak,layan jugak suka la dia merepek pun masuk paper.nak troll pun berpada-padalah jugak jgn smpai nampak sgt kelemahan kita ni.selama ini, kita cukup kagum dengan para mujahidin dan mujahidah palestin kerana mereka sangat kuat mempertahankan agama islam, yang melawan musuh Islam. mereka sangat unite. tapi mengagumi tanpa mempraktikkan itu  dua perbuatan yang nyata berbeza,lebih-lebih lagi pada waktu yang sangat kritikal ini.apabila, seluruh dunia tertumpu pada malaysia.

cuba bayangkan pemain bola sepak negara bertanding tetapi masing-masing tidak mahu bekerjasama. orang yang taktahu main bola pun dah boleh jangka pasukan negara akan kalah.sebabnya terlalu jelas tiada kesefahaman antara mereka. maka pihak lawan akan mudah menerobos gawang gol malaysia. simple situation. 

bukan saya desak untuk menyukai individu tertentu tetapi pada masa ini, buangkan dulu perasaan tidak enak itu. sekurang-kurangnya sehingga semua reda. fikir sebelum sebar sesuatu. jangan jadi pendek akal, sebar apa kita suka tanpa memikirkan kemungkinan yang ada. mungkin ada yang masih tidak tahu kebarangkalian mengenai false flag. yang dikaitkan dengan kehilangan pesawat MH370 berserta para  krew dan penumpang. saya tegaskan disini, tujuan saya share disini bukanlah untuk menakut-nakutkan semua dan tidaklah saya berpendapat bahawa ini pasti terjadi. tidak, tujuan saya agar semua yang membaca dpt berfikir secara kritis tentang persoalan yang diutarakan oleh penulis kerana saya secara peribadi tidak mempercayai 100% berkenaan hal ini tetapi

"belum kena bukan bermaksud takkan kena"


kebarangkalian untuk diserang itu sentiasa ada dan tidak dijangka. mungkin ada segelintir antara kita yang tak sedar betapa kecilnya negara kita dan betapa kerdilnya negara kita jika hendak dibandingkan dengan negara lain. dengan singapura pun saya tak berani jamin kita akan selamat jika diserang. saya tak doakan negara terancam,tp kita selalu diingatkan supaya "sediakan payung sebelum hujan". saya sentiasa mendoakan keamanan Malaysia. buangkan dulu keegoan anda dan mula berfikir secara rasional kerana, bijaksananya akal dapat mengalahkan kuatnya nafsu. dan sebagai orang Islam, terlebih pentingnya iman yang mantap. 

sekiranya ada isi yang dirasakan terpesong dr agama Islam, mohon anda ingatkan saya. mungkin terlepas pandang dan ilmu saya nyata masih terlalu sikit.akan diperbaiki dari semasa ke semasa. inshaALLAH. assalamualaikum.

p/s: kurangkanlah troll yang nyata menjatuhkan maruah individu. ramai yang "nampak" dosa seseorang tapi tak sedar pula malaikat belah kiri mencatat dosa. takut dalam usaha kita menjatuhkan orang di dunia, di akhirat kelak kita terjatuh ke neraka jahannam dek "usaha" kt di dunia itu. 

Monday 10 March 2014

MH370

Bismillah,

"Aku bersaksi tiada Tuhan selain ALLAH
dan Nabi Muhammad pesuruh ALLAH"

Alhamdulillah, antara sedar dan tidak, mungkin ada antara kita yang jarang yang mengucap dua kalimah syahadah. teras kepercayaan kita terhadap ALLAH subhanahu wa ta'ala dan Rasulullah.
bagus andainya, kita memperingatkan diri agar sentiasa tajdid niat atau memperbaharui niat kerana ALLAH kerana sifat manusia ini sering berubah-ubah dek nafsu yang tidak terbendung, kerana manusia tidak maksum. apa pentingnya ayat diatas? 
mungkin tidak bagi anda, tetapi bagi saya ayat "tiada Tuhan selain ALLAH" cukup kuat untuk saya bersandar, agar saya masih percaya, masih punya harapan untuk kita semua menjumpai pesawat MH370 yang hilang semenjak 8hb Mac yang lalu.
tidak semua di dalam pesawat itu muslim, tetapi saya yakin dan percaya bahawa ALLAH berkuasa mutlak terhadap semua makhluk bukan sahaja manusia, hatta ikan di laut dan burung berterbangan di langit biru juga di bawah kekuasaan ALLAH.semua yang berlaku terjadi atas kehendak ALLAH.

pada waktu dan ketika ini, kita dapat saksikan di laman sosial ataupun media massa, 
pelbagai versi berkaitan kemalangan melibatkan pesawat MAS MH370 disebarkan. 
ada yang mengatakan pesawat telah terhempas dan tenggelam di dasar laut,
ada yang mengutarakan agar pasukan penyelamat mencari di sekitar kawasan pergunungan (walaupun peratusan untuk pesawat terhempas di kawasan pergunungan yang terdekat agak tipis), dan segala bagai kemungkinan telah diutarakan dan disebarkan. hal ini secara tidak langsung, menimbulkan satu keadaan yang huru-hara sama ada antara rakyat malaysia sendiri mahupun negara malaysia dengan seluruh dunia kerana yang pasti, ini bukan kemalangan terpencil!

antara yang menarik perhatian saya adalah tentang satu pertanyaan berkenaan:
"ramai yang mendoakan semua mangsa masih selamat namun dengan tangki yang mampu bertahan selama 7 jam perjalanan dan kini pesawat telah hilang lebih dari 48 jam. secara logiknya, apa yang akan terjadi apabila kenderaan anda kehabisan sumber tenaga untuk menggerakkan enjin?"

dan ini jawapan positif saya:
jika ALLAH mengatakan "ku faya kun" jadilah maka jadilah.
segala yang terjadi pasti ada hikmahnya. sekiranya ALLAH menginginkan mereka meneruskan penerbangan walau tiada satu titik minyak pun di dalam tangki, ini sememangnya pasti terjadi. 
kerana saya yakin dengan kuasa ALLAH.
kerana saya berasa masih ada harapan, 
selagi tiada apa ditemui, selagi itu harapan masih ada.

pada saya, doalah yang terbaik. 
sungguh, 
berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
saya mendoakan agar keluarga mangsa yang terlibat agar dikurniakan ketabahan dan kekuatan

selagi punya harapan, jangan pernah berserah.
USAHA.DOA.IKHTIAR.TAWAKAL.
ALLAHUAKBAR.



Monday 3 March 2014

Amanah

Bismillah.Alhamdulillah.
Amanah. tanggungjawab paling ringan tapi juga paling susah dilaksanakan. sebentar tadi, terlihat seorang sahabat menanyakan sahabat di ruangan penerbangan burung biru "ada sesiapa boleh tukar BB1M kepada cash ?" saya lantas terfikir hal perihal para ahli politik yang dikecam dek kurang amanahnya menjaga harta rakyat. terdetik di hati saya, apakah beza mereka dgn para pelajar yang diberi bantuan tetapi tidak menggunakan kemudahan itu mengikut apa yang ditetapkan. bukankah itu juga melanggar amanah? jawapannya. tidak ada beza. sedihnya. kerana saya juga pada suatu masa dulu bertimbal balik antara menukar baucar buku dengan wang ringgit atau membeli buku untuk kegunaan sem hadapan (kerana baucar diberikan agak lambat untuk penggal semasa dan buku telah dibeli). mujur pengimbas cetak (printer) saya telah rosak,lalu baucar digunakan untuk membeli printer kerana memiliki printer di universiti boleh dikatakan lebih kepada keperluan berbanding kemahuan. memang,saya berterima kasih kepada saudara yang menanyakan soalan ini kerana membuat saya berfikir. nyata, amanah tidak semudah mengira 1,2 dan 3. perlu lebih kefahaman. bukan niat saya nak condemn saudara, tapi lebih kepada mengingatkan diri sendiri.  ��

Monday 24 February 2014

regardless of who did it, the same action get the same reaction

alhamdulillah,

the purpose of me, writing this post is to point out my view on my university src election. i was about to vote this one guy but i don't like his campaign. as much as i dislike those politician who misuse money for election, the same thing i feel towards this guy. yes he's using his own money (or probably his parent's money), but... nope. the title itself, should give clearer explanation. do i have to vote for him just because he is one of my batch mate? his action (at least), for me is just the same as the politician who use money to gain vote and i hate those politicians. indeed, our batch supports him but i personally dislike it. that's why i didn't ask for his shirt. more than thousand spent for the election and what if he does not being selected as one of the src? like seriously bro? 

Friday 7 February 2014

my view.

rezeki.
bukanlah saya menyalahkan para sahabat diluar negara yang dikatakan menghabiskan wang ringgit berlibur dengan melancong di negara eropah dan sebagainya, tiada niat. kerana secara realitinya, para sahabat di dalam negara, termasuk saya juga boleh dikatakan kurang bijak menguruskan wang, bahkan masa juga kadang-kadang tidak terurus. apakah bezanya rakan di luar negara yang berhabis ribuan ringgit melancong dengan rakan di dalam negara yang berhabis ribuan ringgit membeli gadget2 terkini? apakah beza shopping ribuan ringgit (setelah di convert ke RM) di luar negara dengan shopping ribuan ringgit di malaysia? kerana manusia suka melihat apa yang ingin dilihat berbanding apa yang perlu dilihat. kerana manusia suka menilai tapi tidak suka dinilai. kerana nafsu lebih dari akal bagi sesetengah manusia.

kerana fitrahnya manusia sukakan kecantikan,keindahan, dan kesenangan.
bagi saya, tiada salahnya melancong ke luar negara. asalkan bertujuan. tujuan manusia dihidupkan di muka bumi tidak lain tidak bukan,beribadah kepada ALLAH. ibadah itu luas, dan menuntut ilmu adalah salah satu ibadah jika disertakan dengan niat yang betul. dalam ISLAM, kita diseru untuk menambah ilmu pengetahuan. ilmu itu luas, ilmu bukan cuma di tulis dalam buku, bukan cuma apa yang cikgu ajar di hadapan kelas, bukan juga cuma yang di dengar dalam kuliah subuh/zohor/asar/maghrib/isyak di masjid. adakah salah jika wang ringgit yang dilaburkan oleh para sahabat untuk melancong itu dapat menambah ilmu pengetahuannya sekaligus membantu pertumbuhan umat islam? salah jugakah sekiranya dengan melancong, sahabat-sahabat kita dapat menarik orang bukan islam untuk mendekati islam dengan mempamerkan sifat-sifat mahmudah?

medan dakwah itu tidak terjurus kepada dakwah secara terus.
apakah reaksi kita pula terhadap para ulama' yang  ke luar negara? adakah kita turut mengatakan mereka berseronok sedangkan ada masalah umat yang perlu diselesaikan? percayalah, mereka akan dikatakan ke luar negara untuk berdakwah/berjihad di jalan ALLAH. sedangkan situasinya sama dengan sahabat kita yang melancong ke luar negara. mengapa perlu ada double standard dengan rakan-rakan-rakan kita yang lain? perlukah mereka menunjukkan mereka ke masjid-masjid, membantu orang miskin di negara yang dilawati dan sebagainya agar tidak dikatakan boros, agar pemergian mereka melancong serata dunia juga dikatakan untuk menyebarkan dakwah? bukan niat saya memburukkan para ulama' sedangkan ulama' adalah pewaris para nabi. niat saya cuma ingin membuka mata, agar kita bersangka baik (husnudzhon) tanpa mengira latar belakang. kerana daripada apa yang saya dapat lihat, ramai suka menilai mengikut apa yang terzahir.  kita suka melihat apa yang kita ingin lihat. tapi kita lupa, sedangkan yang terhidang depan mata kita boleh tersalah, apatah lagi benda yang terlindung.
pendapat saya, melancong ke luar negara tak salah. bumi ALLAH itu luas. bagaimana kita manfaatkan perjalanan kita itu, itu penting.

contoh tau ni contoh.
takut-takut jadi orang yang mencela orang upload gambar starbucks kat instagram dgn caption "free"sebab katanya nak menunjuk, tapi at the end, dia upload gambar makanan tengah malam dengan caption "alhamdulillah rezeki".
perbuatan yang sama (upload gmbr mknn/minuman) tapi caption berbeza. jadi niat berbeza? kita taktahu. niat itu benda yang ghaib, yang kita taktahu. niat kita sendiri kita tak dapat pastikan.

dapat tak maksud aku,eh saya?
hanya sebab kita tak nampak apa yang kawan-kawan kita buat bila melancong,kita kata habiskan duit, takut nanti satu hari kita pergi luar negara, kita kata yang baik-baik sahaja. juga kita taktahu. sedangkan iman berubah-ubah. we tend to protect ourself. hence, in whatever we do we will definitely think about the good reasonS to do that so that we "could" said that it is actually a good/appropriate things to do even though deep in our hearts, we know it is not.

contohnya: tengok cerita korea/anime/english/malay/arab sukahati lah cerita apa. kita tahu waktu terbazir tapi kita selalu adakan alasan supaya kita tak rasa bersalah bazirkan waktu.

TAPI YANG MEMANG SENGAJA NAK PERABIH DUIT TU, MEMANG SALAH LA. WE STATE THE OBVIOUS. SALAH TETAP SALAH. APA RASIONALNYA BELI COKLAT ARNAB YANG BOLEH MAKAN PLASTIK SEKALI TU DENGAN HARGA RM10/SATU. SAYA CAKAP, SENGAJA PERABIH DUIT, TAK KIRA LA KAWAN-KAWAN KAT LUAR NEGARA YANG PERGI BERJALAN SATU DUNIA KE, YANG DALAM NEGARA TAK PERGI MEMANA KE. TETAP TAKLEH BAZIR. SEBABNYA, HUKUM ALLAH BUKAN TERTAKLUK KEPADA SESETENGAH MANUSIA JE, TAPI SEMUA. SEMUA K SEMUA.

p/s; this is my opinion. harap tegur kalau ada salah. tak minta opinion ini diterima semua orang sbb tak semua orang suka sayur, tak semua orang makan buah sedangkan somewhere in this beautiful world, ada yang suka gila makan buah ngn sayur.