Thursday 9 August 2012

hutang.nak bayar ke tidak?


*************************************************************************
minah : mat, aku ada hutang dengan kiah la.
mat : tak payah bayar la. kau bwk mati je hutang tuu (perli). lps 10 tahun baru nk         bayar.
minah : (sentap) serious ni. kau ada number kiah tak?
mat : takde.tp nt aku cari la.kedai dia pun x jauh sangat.
minah : terima kasih mat.tp aku malu la nak jumpa kiah. kau mintak kan number akaun dia la.aku masukkan terus ke akaun dia.
mat : erm yela..
*************************************************************************
kisah di atas merupakan sebuah situasi rekaan penulis blog tentang hutang.
 hutang. nak bayar ke tidak?kalau macam  minah kat atas ni,baru berkesempatan nak bayar hutangnya kepada kiah selepas 10 tahun berhutang. mat pulak sbnrnya nak mengingatkan minah supaya cepat2 membayar hutang dgn cara yg amat menyentapkan minah. yup. malaikat maut tak bg warning bila dia akan cabut nyawa kita. bahkan kita tak tahu pun nasib kita satu saat selepasnya kerana masa depan tergolong dalam perkara ghaib yg hanya diketahui oleh ALLAH S.W.T. "kalau aku bayar hutang, habislah duit aku".err....yeke? habis tu kau igt dia bg kau pinjam duit,duit dia x habis? "ala,nantilah aku bayar." well,use that excuse bila malaikut maut nak ambil nyawa korang. cakap "tolonglah wahai malaikat maut,nantilah ambil nyawa aku." aku rasa masing2 tahu jawapannya.  no negotiation. even for just a second! post kali ni aku nak kongsi kesan2 sekiranya kita tak langsaikan 'saimu' (hutang dalam bahasa jepun).

Sesungguhnya melambat-lambatkan bayaran hutang, amatlah besar sekali akibatnya dalam kehidupan manusia, bukan sahaja di dunia, bahkan juga di akhirat. Antaranya: 

1. Mereka akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya. 

2. Hidup mereka tidak mendapat keredhaan Allah. 

3. Mereka di golongkan dalam perbuatan zalim. 

4. Amalan kebajikan mereka tidak diberkati. 

Apabila seseorang itu berhutang, bermakna dia mula meletakkan belenggu di batang lehernya, dan belenggu itu tidak dapat dilaksanakan, kecuali hutang tersebut dijelaskan. Kalau tidak sempat dijelaskan, hutang itu akan terus di bawa sampai ke hari pengadilan di akhirat. Yang mana ketika itu tiada lagi pembayaran dengan ringgit atau dolar, tetapi pembayaran dengan amalan-amalan kebajikannya. 
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : 

[Semua dosa-dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya]. 

Sabdanya lagi : 

[Dan barangsiapa yang berhutang, kemudian ia berniat tidak akan membayar hutangnya, lalu ia mati, maka Allah akan bertanya di hari kiamat: " Apakah kamu mengira bahawa aku tidak akan menuntut hak hambaku?, maka di ambillah amal kebaikan orang itu, dan di berikan pada orang yang memberi hutang, dan jika tidak mempunyai amal kebaikan, maka dosa-dosa orang yang memberi hutang itu, di berikan pada orang-orang yang berhutang].

Rasulullah S.A.W. mengingatkan kita bahawa orang yang berhutang terikat dengan pembayaran. Dia mesti menjelaskan hutangnya semasa di dunia, kerana apabila dia dah mati dan dia masih lagi menanggung hutang, maka rohnya akan tergantung sehinggalah dijelaskan hutang tersebut.
 (tulisan biru di copy-paste dari sini)

maka jelaslah bahawa tuntutan melangsaikan hutang adalah wajib. let's say pahala kita cukup2 makan je nak masuk ke syurga ALLAH tp ditahan sebab ada hutang seringgit dengan jiran sebelah rumah yg kita tak bayar. masa tu. apa lagi yg kita boleh buat??? fikir2 kan. :)
assalamualaikum.


2 comments:

  1. mne post yg lme2 tuuu? miss u! hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku dah delete post lama2.tutup buku lama.bkk buku baru. :)

      Delete