Monday 10 March 2014

MH370

Bismillah,

"Aku bersaksi tiada Tuhan selain ALLAH
dan Nabi Muhammad pesuruh ALLAH"

Alhamdulillah, antara sedar dan tidak, mungkin ada antara kita yang jarang yang mengucap dua kalimah syahadah. teras kepercayaan kita terhadap ALLAH subhanahu wa ta'ala dan Rasulullah.
bagus andainya, kita memperingatkan diri agar sentiasa tajdid niat atau memperbaharui niat kerana ALLAH kerana sifat manusia ini sering berubah-ubah dek nafsu yang tidak terbendung, kerana manusia tidak maksum. apa pentingnya ayat diatas? 
mungkin tidak bagi anda, tetapi bagi saya ayat "tiada Tuhan selain ALLAH" cukup kuat untuk saya bersandar, agar saya masih percaya, masih punya harapan untuk kita semua menjumpai pesawat MH370 yang hilang semenjak 8hb Mac yang lalu.
tidak semua di dalam pesawat itu muslim, tetapi saya yakin dan percaya bahawa ALLAH berkuasa mutlak terhadap semua makhluk bukan sahaja manusia, hatta ikan di laut dan burung berterbangan di langit biru juga di bawah kekuasaan ALLAH.semua yang berlaku terjadi atas kehendak ALLAH.

pada waktu dan ketika ini, kita dapat saksikan di laman sosial ataupun media massa, 
pelbagai versi berkaitan kemalangan melibatkan pesawat MAS MH370 disebarkan. 
ada yang mengatakan pesawat telah terhempas dan tenggelam di dasar laut,
ada yang mengutarakan agar pasukan penyelamat mencari di sekitar kawasan pergunungan (walaupun peratusan untuk pesawat terhempas di kawasan pergunungan yang terdekat agak tipis), dan segala bagai kemungkinan telah diutarakan dan disebarkan. hal ini secara tidak langsung, menimbulkan satu keadaan yang huru-hara sama ada antara rakyat malaysia sendiri mahupun negara malaysia dengan seluruh dunia kerana yang pasti, ini bukan kemalangan terpencil!

antara yang menarik perhatian saya adalah tentang satu pertanyaan berkenaan:
"ramai yang mendoakan semua mangsa masih selamat namun dengan tangki yang mampu bertahan selama 7 jam perjalanan dan kini pesawat telah hilang lebih dari 48 jam. secara logiknya, apa yang akan terjadi apabila kenderaan anda kehabisan sumber tenaga untuk menggerakkan enjin?"

dan ini jawapan positif saya:
jika ALLAH mengatakan "ku faya kun" jadilah maka jadilah.
segala yang terjadi pasti ada hikmahnya. sekiranya ALLAH menginginkan mereka meneruskan penerbangan walau tiada satu titik minyak pun di dalam tangki, ini sememangnya pasti terjadi. 
kerana saya yakin dengan kuasa ALLAH.
kerana saya berasa masih ada harapan, 
selagi tiada apa ditemui, selagi itu harapan masih ada.

pada saya, doalah yang terbaik. 
sungguh, 
berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
saya mendoakan agar keluarga mangsa yang terlibat agar dikurniakan ketabahan dan kekuatan

selagi punya harapan, jangan pernah berserah.
USAHA.DOA.IKHTIAR.TAWAKAL.
ALLAHUAKBAR.



No comments:

Post a Comment