Ive uninstalled twitter.Back to basic.i'll try.inshaAllah.
Sunday, 23 March 2014
Wednesday, 12 March 2014
antara kebijaksanaan menilai situasi dan kegagalan menangani perasaan
p/s: kurangkanlah troll yang nyata menjatuhkan maruah individu. ramai yang "nampak" dosa seseorang tapi tak sedar pula malaikat belah kiri mencatat dosa. takut dalam usaha kita menjatuhkan orang di dunia, di akhirat kelak kita terjatuh ke neraka jahannam dek "usaha" kt di dunia itu.
Monday, 10 March 2014
MH370
Monday, 3 March 2014
Amanah
Bismillah.Alhamdulillah.
Amanah. tanggungjawab paling ringan tapi juga paling susah dilaksanakan. sebentar tadi, terlihat seorang sahabat menanyakan sahabat di ruangan penerbangan burung biru "ada sesiapa boleh tukar BB1M kepada cash ?" saya lantas terfikir hal perihal para ahli politik yang dikecam dek kurang amanahnya menjaga harta rakyat. terdetik di hati saya, apakah beza mereka dgn para pelajar yang diberi bantuan tetapi tidak menggunakan kemudahan itu mengikut apa yang ditetapkan. bukankah itu juga melanggar amanah? jawapannya. tidak ada beza. sedihnya. kerana saya juga pada suatu masa dulu bertimbal balik antara menukar baucar buku dengan wang ringgit atau membeli buku untuk kegunaan sem hadapan (kerana baucar diberikan agak lambat untuk penggal semasa dan buku telah dibeli). mujur pengimbas cetak (printer) saya telah rosak,lalu baucar digunakan untuk membeli printer kerana memiliki printer di universiti boleh dikatakan lebih kepada keperluan berbanding kemahuan. memang,saya berterima kasih kepada saudara yang menanyakan soalan ini kerana membuat saya berfikir. nyata, amanah tidak semudah mengira 1,2 dan 3. perlu lebih kefahaman. bukan niat saya nak condemn saudara, tapi lebih kepada mengingatkan diri sendiri.
Monday, 24 February 2014
regardless of who did it, the same action get the same reaction
the purpose of me, writing this post is to point out my view on my university src election. i was about to vote this one guy but i don't like his campaign. as much as i dislike those politician who misuse money for election, the same thing i feel towards this guy. yes he's using his own money (or probably his parent's money), but... nope. the title itself, should give clearer explanation. do i have to vote for him just because he is one of my batch mate? his action (at least), for me is just the same as the politician who use money to gain vote and i hate those politicians. indeed, our batch supports him but i personally dislike it. that's why i didn't ask for his shirt. more than thousand spent for the election and what if he does not being selected as one of the src? like seriously bro?
Friday, 7 February 2014
my view.
bukanlah saya menyalahkan para sahabat diluar negara yang dikatakan menghabiskan wang ringgit berlibur dengan melancong di negara eropah dan sebagainya, tiada niat. kerana secara realitinya, para sahabat di dalam negara, termasuk saya juga boleh dikatakan kurang bijak menguruskan wang, bahkan masa juga kadang-kadang tidak terurus. apakah bezanya rakan di luar negara yang berhabis ribuan ringgit melancong dengan rakan di dalam negara yang berhabis ribuan ringgit membeli gadget2 terkini? apakah beza shopping ribuan ringgit (setelah di convert ke RM) di luar negara dengan shopping ribuan ringgit di malaysia? kerana manusia suka melihat apa yang ingin dilihat berbanding apa yang perlu dilihat. kerana manusia suka menilai tapi tidak suka dinilai. kerana nafsu lebih dari akal bagi sesetengah manusia.
kerana fitrahnya manusia sukakan kecantikan,keindahan, dan kesenangan.
bagi saya, tiada salahnya melancong ke luar negara. asalkan bertujuan. tujuan manusia dihidupkan di muka bumi tidak lain tidak bukan,beribadah kepada ALLAH. ibadah itu luas, dan menuntut ilmu adalah salah satu ibadah jika disertakan dengan niat yang betul. dalam ISLAM, kita diseru untuk menambah ilmu pengetahuan. ilmu itu luas, ilmu bukan cuma di tulis dalam buku, bukan cuma apa yang cikgu ajar di hadapan kelas, bukan juga cuma yang di dengar dalam kuliah subuh/zohor/asar/maghrib/isyak di masjid. adakah salah jika wang ringgit yang dilaburkan oleh para sahabat untuk melancong itu dapat menambah ilmu pengetahuannya sekaligus membantu pertumbuhan umat islam? salah jugakah sekiranya dengan melancong, sahabat-sahabat kita dapat menarik orang bukan islam untuk mendekati islam dengan mempamerkan sifat-sifat mahmudah?
medan dakwah itu tidak terjurus kepada dakwah secara terus.
apakah reaksi kita pula terhadap para ulama' yang ke luar negara? adakah kita turut mengatakan mereka berseronok sedangkan ada masalah umat yang perlu diselesaikan? percayalah, mereka akan dikatakan ke luar negara untuk berdakwah/berjihad di jalan ALLAH. sedangkan situasinya sama dengan sahabat kita yang melancong ke luar negara. mengapa perlu ada double standard dengan rakan-rakan-rakan kita yang lain? perlukah mereka menunjukkan mereka ke masjid-masjid, membantu orang miskin di negara yang dilawati dan sebagainya agar tidak dikatakan boros, agar pemergian mereka melancong serata dunia juga dikatakan untuk menyebarkan dakwah? bukan niat saya memburukkan para ulama' sedangkan ulama' adalah pewaris para nabi. niat saya cuma ingin membuka mata, agar kita bersangka baik (husnudzhon) tanpa mengira latar belakang. kerana daripada apa yang saya dapat lihat, ramai suka menilai mengikut apa yang terzahir. kita suka melihat apa yang kita ingin lihat. tapi kita lupa, sedangkan yang terhidang depan mata kita boleh tersalah, apatah lagi benda yang terlindung.
pendapat saya, melancong ke luar negara tak salah. bumi ALLAH itu luas. bagaimana kita manfaatkan perjalanan kita itu, itu penting.
contoh tau ni contoh.
takut-takut jadi orang yang mencela orang upload gambar starbucks kat instagram dgn caption "free"sebab katanya nak menunjuk, tapi at the end, dia upload gambar makanan tengah malam dengan caption "alhamdulillah rezeki".
perbuatan yang sama (upload gmbr mknn/minuman) tapi caption berbeza. jadi niat berbeza? kita taktahu. niat itu benda yang ghaib, yang kita taktahu. niat kita sendiri kita tak dapat pastikan.
dapat tak maksud aku,eh saya?
hanya sebab kita tak nampak apa yang kawan-kawan kita buat bila melancong,kita kata habiskan duit, takut nanti satu hari kita pergi luar negara, kita kata yang baik-baik sahaja. juga kita taktahu. sedangkan iman berubah-ubah. we tend to protect ourself. hence, in whatever we do we will definitely think about the good reasonS to do that so that we "could" said that it is actually a good/appropriate things to do even though deep in our hearts, we know it is not.
contohnya: tengok cerita korea/anime/english/malay/arab sukahati lah cerita apa. kita tahu waktu terbazir tapi kita selalu adakan alasan supaya kita tak rasa bersalah bazirkan waktu.
TAPI YANG MEMANG SENGAJA NAK PERABIH DUIT TU, MEMANG SALAH LA. WE STATE THE OBVIOUS. SALAH TETAP SALAH. APA RASIONALNYA BELI COKLAT ARNAB YANG BOLEH MAKAN PLASTIK SEKALI TU DENGAN HARGA RM10/SATU. SAYA CAKAP, SENGAJA PERABIH DUIT, TAK KIRA LA KAWAN-KAWAN KAT LUAR NEGARA YANG PERGI BERJALAN SATU DUNIA KE, YANG DALAM NEGARA TAK PERGI MEMANA KE. TETAP TAKLEH BAZIR. SEBABNYA, HUKUM ALLAH BUKAN TERTAKLUK KEPADA SESETENGAH MANUSIA JE, TAPI SEMUA. SEMUA K SEMUA.
p/s; this is my opinion. harap tegur kalau ada salah. tak minta opinion ini diterima semua orang sbb tak semua orang suka sayur, tak semua orang makan buah sedangkan somewhere in this beautiful world, ada yang suka gila makan buah ngn sayur.